IS Travel Management adalah sebuah syarikat perunding perniagaan dalam industri pelancongan yang berpengalaman serta mempunyai kepakaran terutamanya bagi membantu individu, syarikat dan koperasi yang ingin menjalankan perniagaan pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan. 

Sebagai syarikat yang berdaftar, kami mempunyai pengetahuan, kemahiran serta pengalaman membangunkan syarikat baru mengikut standard dan keperluan kementerian.  Khidmat nasihat kami juga relevan dengan keperluan sebenar industri pelancongan negara.  Ini penting bagi memastikan anda berurusan dengan syarikat serta individu yang telah dikenalpasti mempunyai track record yang baik dan diiktiraf oleh pelanggannya.

Sejajar dengan perkembangan industri pelancongan tempatan, kami ingin berkongsi pengalaman dan khidmat nasihat kepada yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan pelancongan terutamanya berkaitan urusan perlesenan, penyediaan pakej2 pelancongan, hubungan rakan niaga, pengiraan dan pengurusan pejabat.

Untuk makluman, syarikat kami telah diberi kepercayaan menjadi perunding kepada  beberapa Syarikat Pelancongan serta mempunyai jaringan perniagaan yang baik dengan Agensi Pelancongan dalam dan luar negara.

Dengan motto 'Your Travel Partner' , misi utama kami adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang berharga, kemahiran, pengalaman dan apa sahaja yang berkaitan dengan keperluan industri pelancongan bagi memaksimakan potensi syarikat demi mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan yang mempunyai persaingan yang sengit serta  membuat persediaan untuk masa hadapan yang lebih mencabar.

Sebagai sebuah syarikat perunding, Is Travel Management mempunyai barisan pengendali serta rakan kongsi yang profesional, terlatih dan pengalaman dalam bidang masing-masing. Dengan ini kami percaya, kami dapat memberikan perkhidmatan yang amat diperlukan oleh pelanggan agar dapat mencapai sasaran dan impian mereka.

Visi kami ialah untuk menjadi perunding yang dapat memberikan khidmat nasihat yang terbaik  serta memberikan kepuasan kepada anda semua.

Selain memberi khidmat rundingan perlesenan pelancongan, kami juga menawarkan pembangunan pakej percutian untuk syarikat yang baru berjinak2 dalam perniagaan Syarikat Pelancongan.

Dunia dihujung jari,  dimana saja anda berada kami bersedia memberi khidmat runding. Hubungi kami...........